Sunday, January 31, 2010
frenz foreverz
Terima kasih buat teman-teman yang sentiasa sisi dalam menghadapi suka dan duka dalam hidup...Terima kasih juga di atas segala dorongan dan kata-kata semangat yang membina ketika diriku hebat dilanda ujian hidup...kudoakan semoga persahabatan ini kekal hingga ke akhirnya...amin
Thursday, January 21, 2010
Dugaan Hidup...
PERSAHABATAN...suatu ungkapan yang cukup memberi seribu makna pada seseorang...Dalam persahabatan kita mula mengenal erti kepercayaan,kejujuran dan keikhlasan.Kadang-kadang, kita sering diuji dengan hadirnya duri pengkhianatan dalam sebuah tasik persahabatan yang telah lama terbina...Dan kadang-kadang kita terpaksa menerima kepahitan itu dengan hati terbuka walaupun perit yang tidak terhingga...Oleh itu,tabahlah dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.Mungkin disaat itu kita tidak menyedari bahawa disebalik ujian terselit kemanisan hidup yang tak tidak pernah kita duga.Sedarlah bahawa disebalik ujian itu juga kita mengenal erti ketabahan. Cuma, kita sebagai insan biasa haruslah kuatkan semangat dan banyakkan bersabar dalam menghadapi keperitan itu...Bersabarlah....
Monday, November 10, 2008
Renungan Bersama
- Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.
- Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
- Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
- Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
- Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
- Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak
- Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
- Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
- Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.
- Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Rasulullah bersabda bermaksud: Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya. Hadis riwayat al-Hakim.
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.